Discover PERAK | PERAK Digital Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Darma Raja Seenivasagam

Majlis Daerah Kinta, . Darma Raja Seenivasagam. [Profil Tokoh]

[img] Image
drs.jpg

Download (68kB)

Abstract

(1925, Ipoh - 15.3. 1969, Ipoh) merupakan pemimpin politik utama bagi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sebelum 1959 dikenali sebagai Parti Progresif Perak. Dia merupakan keturunan Tamil Ceylon, bapanya merupakan seorang peguambela Ceylon dari Jaffna. Darma Raja Seenivasagam mengasaskan PPP bersama saudara lelakinya, S.P. Seenivasagam pada tahun 1953 selepas berpecah dari Parti Buruh. Kedua mereka merupakan peguam terkenal di Perseketuan Malaya sebelum membentuk parti tersebut. Pada pilihanraya tahun 1954, yang pertama disertai oleh PPP, dia dipilih sebagai Ahli Bandaraya Ipoh dan Menglembu di bawah tiket Perikatan (UMNO, MCA, MIC). Dia kalah dalan Pilihanraya Persekutuan 1955 tetapi memenangi kerusi dalam pilihanraya kecil 1956. Seenivasagam dipilih dalam pilihanraya kecil 1957 bagi kerusi parlimen Ipoh yang dikosongkan oleh Tun Leong Yew Koh yang menjadi Gabenor Melaka pertama. Taman D. R. Seenivasagam, sebelumnya dikenali sebagai Taman Coronation, dinamakan sempenanya. Ia terletak di tengah Bandar Baru Ipoh dan terkenal kerana kemudahan rehlah dan pandangan permai. Ia terdiri dari padang permainan, tasik buatan yang dipenuhi dengan ikan, tapak semaian bagi pokok berpasu dan padang permainan trafik kanak-kanak. Terdapat juga kolam ikan karp Jepun.

Item Type: Profil Tokoh
Subjects: H Social Sciences > HX Socialism. Communism. Anarchism
Divisions: Majlis Daerah Kinta
Depositing User: Perak Administrator
Date Deposited: 12 Feb 2018 01:45
Last Modified: 02 Aug 2022 02:17
URI: http://perakgateway.utp.edu.my/repo/id/eprint/412

Actions (login required)

View Item View Item