Discover PERAK | PERAK Digital Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Sejarah

Majlis Daerah Perak Tengah, . Sejarah. [Fakta]

[img] Image
Logo-Majlis-Daerah-Perak-Tengah-MDPT.png

Download (27kB)

Abstract

Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia. Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar. Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar. Sebelum 1979 , daerah kecil Parit dalam Daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak. Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah selatan, Daerah Kinta sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat. Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 12 buah mukim. Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.

Item Type: Fakta
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Majlis Daerah Perak Tengah
Depositing User: Perak Administrator
Date Deposited: 02 Aug 2022 02:18
Last Modified: 02 Aug 2022 02:18
URI: http://perakgateway.utp.edu.my/repo/id/eprint/432

Actions (login required)

View Item View Item