Discover PERAK | PERAK Digital Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Tan Sri Dato' Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria

Majlis Daerah Kerian, . Tan Sri Dato' Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria. [Profil Tokoh]

[img] Image
tsdsdhhhz.jpg

Download (49kB)

Abstract

Dilahirkan pada 8 April 1939 di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Sebaik menamatkan pengajian di Kolej Islam Malaya (KIM) Klang, Selangor, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani telah diterima bekerja sebagai penterjemah di unit Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri dari tahun 1964 hingga 1967. Selepas berhenti daripada unit Cawangan Khas, Tan Sri Dato’ Seri menjadi guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang selama 3 bulan, sebelum menjawat jawatan sebagai Kadi di Jabatan Agama Pulau Pinang bermula 2 November 1967 hingga 1973. Ekoran khidmat cemerlang beliau sebagai Kadi, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani kemudiannya dilantik sebagai Kadi Besar dari 1973 hingga 1985. Ketokohan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani dalam membicarakan isu-isu agama Islam telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 hingga kini. Selain Tokoh Ma’al Hijrah 2008, antara anugerah yang pernah diperolehi oleh Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani ialah Darjah Paduka Mahkota Perak pada tahun 1986 (yang membawa gelaran Dato’), Seri Paduka Mahkota Perak, 1999 (yang membawa gelaran Dato’ Seri), Darjah Kehormat Doktor Syariah, 2001 (yang membawa gelaran Dr.), dan Panglima Setia Mahkota, 2009 (yang membawa gelaran Tan Sri)

Item Type: Profil Tokoh
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Majlis Daerah Kerian
Depositing User: Perak Administrator
Date Deposited: 02 Aug 2022 02:18
Last Modified: 02 Aug 2022 02:18
URI: http://perakgateway.utp.edu.my/repo/id/eprint/452

Actions (login required)

View Item View Item