Discover PERAK | PERAK Digital Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Ngah Jabor @ Mohammad Jabar bin Bardot

Majlis Daerah Kampar, . Ngah Jabor @ Mohammad Jabar bin Bardot. [Profil Tokoh]

[img] Image
ngah jabor.jpg

Download (72kB)

Abstract

Dikenali dengan gelaran Imam PraJabor(1858-1921) merupakan salah seorang tokoh penting dalam peristiwa penjajahan British di Perak, khususnya dalam garis waktu penentangan kepada Residen British di Perak pertama iaitu J.W.W. Birch. Beliau juga merupakan orang kanan kepada pahlawan Perak termasyhur iaitu Dato Maharaja Lela atau Pandak Lam (c.1822 - 1877). Ngah Jabor juga merupakan pengasas kepada daerah Kampar, negeri Perak Darul Ridzuan. Ngah Jabor pada usianya yang muda iaitu lebih kurang 17 tahun ditangkap oleh pihak British kerana disyaki terlibat dengan peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch. Malah mengikut rekod rasmi British, jelas menunjukkan Ngah Jabor dan rakan-rakannya yang lain seperti ketuanya Dato Maharaja Lela, Pandak Indut, Panjang Bur, Kulup Ali, Dato Sagor dan Si Tuah dituduh bersekongkol dan bersubahat dalam pembunuhan Residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch. Perbicaraan Mahkamah British Perak telah dilaksanakan di Matang, Larut pada 14 Disember 1876 hingga 22 Disember 1876. Dijelaskan juga bahawa, Kulup Ali, Ngah Jabor, Pandak Indut dan Si Tuah telah merejam lembing ke tempat mandi J.W.W Birch. Ngah Jabor juga mengakui membunuh J.W.W Birch apabila ditanya sendiri oleh Dato Maharaja Lela.

Item Type: Profil Tokoh
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Majlis Daerah Kampar
Depositing User: Perak Administrator
Date Deposited: 02 Aug 2022 02:18
Last Modified: 02 Aug 2022 02:18
URI: http://perakgateway.utp.edu.my/repo/id/eprint/435

Actions (login required)

View Item View Item