Perak Letters, . Surat Laksamana Makota Raja di Perak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.174) berkaitan pembelian senapang dan beras (20 Muharam 1202/1 November 1787). [Fakta]
Full text not available from this repository.Abstract
Ya ‘Aziz al-Hakim Inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati daripada Laksamana Makota Raja negeri Perak Darul Ridwan barang disampaikan Allah Khalifat al-Rahman apalah kiranya kepada Gurnador Yang Maha Mulia kebesaran perintah dalam negeri Pulau Pinang serta beroleh kesentosaan dan keredhaan daripada Tuhan Habib al-Rahim maka dipohonkan Allah ‘Azz wa Jalla umurnya barang dilanjutkan Allah Subhanahu wa Ta’ala usianya serta sihat dan afiat amin amma ba’dah kemudian daripada barang mafhum kiranya Gurnador akhwal maka adalah saya menyuruhkan Nakhoda Kok kepada Gurnador melainkan jikalau ada mudah2han kiranya saya hendak mengutang senapang barang sekodi kepada Gurunador akan hal harganya itu kemudian saya suruh antarkan kepada Gurnador kemudian lagi saya minta tolong bicarakan beras kepada Gurnador harablah saya dahulu Allah wa ba’d rasul kepada Gurnador tamat suatu pun tiada cenderamata timah satu kupang burhan al-wujud adanya pergi surah dua puluh hari bulan Muharam sanah 122 tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam
Item Type: | Fakta |
---|---|
Subjects: | A General Works > AM Museums (General). Collectors and collecting (General) |
Depositing User: | Perak Administrator |
Date Deposited: | 02 Aug 2022 03:40 |
Last Modified: | 02 Aug 2022 03:40 |
URI: | http://perakgateway.utp.edu.my/repo/id/eprint/461 |
Actions (login required)
View Item |